Bersih @ Kotor

salam uolls….huhu…sowi bebangat…da lame tak post…bukan ape…sgt busy ngan baby…hihi…2-3 arie yg lepas…kl telah dikerumuni oleh geng2 seangkatan dengan ajen Digi…”bersamamu…” hihi…meriah dengan warna kuning…

hehe…sblom tu jom kite layan gamba2 yang terun bersih yang tak seberapa ramai seperti yg dilaporkan oleh media….dalam 20k je yg trun…:)

eh eh…macam kenal je kan… hihi…tak kesah la…ape ajenda beliau…tp turun memberi sokongan…walaupun sukar untuk orang2 tertentu nk terima…siap 2 hari tu trun:) ape pon…semua ni berlaku masih dalam suasana terkawal…sebab bukan tujuan nak guling kerajaan seperti yg dilaporkan oleh media…

2 arie kl tutup…hihi…xbleh org nak sopping merdeke…tapi bende ni akan datang lagi memberi manfaat kepada negara…ape pun bersih 4 da menjadi satu sejarah negara…kite suke @ tidak…perubahan perlu dilakukan…rmai org cube samakan dengan ape yang berlaku di mesir dan negara arab laen…yg di panggil arab spring…bagi mereke yg melakukan perbuatan yang tidak sepatutnye seperti ade yg mendakwa memijak muke pemimpin…dan kalau itu satu kesalahan…maka mereka yang berbuat begitu perlu dihukum dengan undang2 yang ada…jangan hanya perbuatan segelintir…kite nk samakan dengan org lain yg tidak melakukan perbuatan seperti itu…

Penganjur dakwa 500,000 hadiri BERSIH 4

Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama 34 jam yang berakhir tengah malam tadi mencatatkan kehadiran kira-kira 500,000 orang, dakwa penganjur.

“Keseluruhan peserta yang hadir ke perhimpunan BERSIH 4 selama 34 jam ini dianggarkan seramai 500,000 orang,” kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara petang ini, Maria berkata pihaknya sedia mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan BERSIH 5 jika dua mesej utamanya itu tidak akan menjadi realiti.

“Kami akan mempertimbangkan penganjuran Bersih 5,” katanya Maria sambil menyifatkan perhimpunan dua hari itu berjaya.

“Hari ini kita ulang lagi tuntutan kita sehingga kita dapat mencapainya. Kita bukan hanya hendak perdana menteri berundur, tapi kita hendak reformasi institusi,” katanya.

Dalam sidang media itu juga, Maria mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk NGO, pemimpin parti politik dan kumpulan BangsArt yang turut menghiburkan peserta dalam perhimpun itu malam tadi.

Dataran Merdeka bertukar menjadi lautan kuning ketika Bersih 4 memasuki jam terakhirnya malam tadi.

Jalan di sekitar dataran bersejarah itu penuh padat apabila ramai peserta tiba pada saat penghujung acara.

Khalayak turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan di pentas utama malah orang ramai turut melaungkan “Bersih, Bersih” dan mencipta suasana meriah dengan bunyi tiupan vuvuzela memenuhi ruang udara.

Pada awal malam, beberapa speaker menyampaikan ucapan di depan peserta di beberapa lokasi, termasuk di Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

sumber

ape pun syukur takde kejadian yg tak diingini berlaku…cume kite harapkan negara kite akan lebih maju & rakyat terbela dengan kebajikan yang saksama. bukan biar org lua yg merembat segala hasil negara kita…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s