Harga petrol, diesel turun mulai esok (1 Sept 2015)

Harga petrol, diesel turun mulai esok (1 Sept 2015)

hi uolls…arini ade berite skit baek la…actually tak la sangat baek…ape ni??? baek…skit baek ni?? hmm…mane yang tak tau lagi….arini rege minyak turun 10 seng bagi RON95…minyak kuning…eh eh…bahye sebut2 kuning…

Harga petrol dan diesel akan turun 10 sen dan 15 sen untuk satu liter mulai esok.

Menurut sumber, harga RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 sen menjadi RM1.95 dan RM2.35 seliter.

Harga untuk RON95 dan RON97 ketika ini ialah RM2.05 dan RM2.45.

Harga diesel pula juga turun daripada RM1.95 kepada RM1.80.

sumber

Advertisements

Bersih @ Kotor

salam uolls….huhu…sowi bebangat…da lame tak post…bukan ape…sgt busy ngan baby…hihi…2-3 arie yg lepas…kl telah dikerumuni oleh geng2 seangkatan dengan ajen Digi…”bersamamu…” hihi…meriah dengan warna kuning…

hehe…sblom tu jom kite layan gamba2 yang terun bersih yang tak seberapa ramai seperti yg dilaporkan oleh media….dalam 20k je yg trun…:)

eh eh…macam kenal je kan… hihi…tak kesah la…ape ajenda beliau…tp turun memberi sokongan…walaupun sukar untuk orang2 tertentu nk terima…siap 2 hari tu trun:) ape pon…semua ni berlaku masih dalam suasana terkawal…sebab bukan tujuan nak guling kerajaan seperti yg dilaporkan oleh media…

2 arie kl tutup…hihi…xbleh org nak sopping merdeke…tapi bende ni akan datang lagi memberi manfaat kepada negara…ape pun bersih 4 da menjadi satu sejarah negara…kite suke @ tidak…perubahan perlu dilakukan…rmai org cube samakan dengan ape yang berlaku di mesir dan negara arab laen…yg di panggil arab spring…bagi mereke yg melakukan perbuatan yang tidak sepatutnye seperti ade yg mendakwa memijak muke pemimpin…dan kalau itu satu kesalahan…maka mereka yang berbuat begitu perlu dihukum dengan undang2 yang ada…jangan hanya perbuatan segelintir…kite nk samakan dengan org lain yg tidak melakukan perbuatan seperti itu…

Penganjur dakwa 500,000 hadiri BERSIH 4

Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama 34 jam yang berakhir tengah malam tadi mencatatkan kehadiran kira-kira 500,000 orang, dakwa penganjur.

“Keseluruhan peserta yang hadir ke perhimpunan BERSIH 4 selama 34 jam ini dianggarkan seramai 500,000 orang,” kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara petang ini, Maria berkata pihaknya sedia mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan BERSIH 5 jika dua mesej utamanya itu tidak akan menjadi realiti.

“Kami akan mempertimbangkan penganjuran Bersih 5,” katanya Maria sambil menyifatkan perhimpunan dua hari itu berjaya.

“Hari ini kita ulang lagi tuntutan kita sehingga kita dapat mencapainya. Kita bukan hanya hendak perdana menteri berundur, tapi kita hendak reformasi institusi,” katanya.

Dalam sidang media itu juga, Maria mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk NGO, pemimpin parti politik dan kumpulan BangsArt yang turut menghiburkan peserta dalam perhimpun itu malam tadi.

Dataran Merdeka bertukar menjadi lautan kuning ketika Bersih 4 memasuki jam terakhirnya malam tadi.

Jalan di sekitar dataran bersejarah itu penuh padat apabila ramai peserta tiba pada saat penghujung acara.

Khalayak turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan di pentas utama malah orang ramai turut melaungkan “Bersih, Bersih” dan mencipta suasana meriah dengan bunyi tiupan vuvuzela memenuhi ruang udara.

Pada awal malam, beberapa speaker menyampaikan ucapan di depan peserta di beberapa lokasi, termasuk di Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

sumber

ape pun syukur takde kejadian yg tak diingini berlaku…cume kite harapkan negara kite akan lebih maju & rakyat terbela dengan kebajikan yang saksama. bukan biar org lua yg merembat segala hasil negara kita…

Harga minyak naik lagi…dan lagi…

hi uolls…lame nau rehat dari nulis2 nie…huhu…busy sangat ya ampun…so kali ni…i nak citer lagi pasal rege minyak kat mesia nie…hai…saban hari rege minyak ni dok naek…dok naek pasai apa?? rege dunia naek sangat ka??

for sure…rege barang akan naek…baru je last month naek pasal GST…la ni naek pasal rege minyak naek…apa?? naek 10 sen JERRRR?? hape…igt isi minyak ni cukup seliter?? atau seliter tu…leh pegi 100km?? hampas gas betol laa…

opss…lupe…yg kite kene bersyukur…jd uolls semua jangan nak merungut2 tau…kerje rajin2…cari duit rajin2…mkan catu2…supaye nagara aman makmur…by the way..thanks to super duper think-thank for my country…ur are so genius…haha…

Harga petrol, diesel naik 10 sen mulai tengah malam ini

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di laman Facebook rasminya, harga runcit baharu bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, RON97 RM2.35 seliter, dan diesel RM2.05 seliter.

Harga petrol dan diesel sebelum ini tidak berubah selama dua bulan berturut-turut iaitu pada bulan April dan Mei.

Kali terakhir harga petrol dan diesel dinaikkan adalah pada bulan Mac.

GST oh GST… Goods and Services Tax

Goods and Services Tax

hy uolls…huhu…hari ini hari yang ditunggu2 oleh seluruh rakyat jelata negara mesia…arie ini dalam sejarah…sejarah mesia pon mengikut negara2 maju yang lain dalam melaksanakan cukai…scene 2013 dalam bejat…PM da umumkan yang negara akan melaksanakan GST ni bermula 1 April 2015…jd pejam celik pejam celik mase nye pon da sampai…

eh eh ade ke yang tak tau gst ni ape??  natang ape gst nie…bukan dulu pon ade gst ke?? hehe…GST dulu…government service tax kalau tak silap i laa…GST yang baru ni stand for goods and services tax hihi…maka sejak dari PM umumkan time bajet sampai la laa nie…ramai org dok bantah pasal ni…i tak tau la…yang i paham…rege barang akan naek…tak kesah la sbb gst ke or memang peniaga naekkan rege sbb other reason…but i very very sure…the price will increase…even though the minister says the price will remain or will be cheaper…ahaks…

meh la weolls layan ayat2 pak menteri pasal gst nie…

 sumber

sumber

sumber

sumber

sumber

okey…okey…ni i share kan ape yg masuk dalam group wasap i…hehe tak sure 100% bleh pakai ke tak..but sharing is caring right?? 🙂

Tips GST

1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak.

2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (akta ssm) dan juga no pendaftaran GST. Jika gst dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.

3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.

4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi. Peniaga boleh dikenakan denda rm200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli.

ape ape pon…i share satu lagi..panduan dari KDPNKK berkaitan mengeluarkan buku Panduan Harga Pengguna secara percuma. Terdapat lebih 500 senarai barangan yang boleh dijadikan panduan ketika pengguna berbelanja.

ebook.kpdnkk.gov.my/ebook/PANDUAN_HARGA_PENGGUNA_-_ZON_TENGAH/index.html

so…harap2 lah mesia akan terus maju & aman…rakyat kene la bekerje kuat untuk menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian. i malas la nak wat calculation yang weolls akan tampung selepas gst nie…anyway hope uolls can survive dalam dunia yang penuh dengan kapitalis nie…k c u in next entry.. bye bye.. 🙂

Harun Salim Bachik meninggal dunia

Harun Salim Bachik meninggal dunia

PELAWAK tanah air, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim meninggal dunia selepas rebah di hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol  di Bukit Merah, Perak petang tadi.

Mengesahkan berita tersebut, rakannya, Afdlin Shauki berkata, kejadian berlaku sewaktu Allahyarham sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.

“Innalillah.. Tolong doakan dan sedekahkan al-fatihah untuk sahabat saya yang telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yang tersayang.

“Semoga ALLAH SWT meletakkan beliau bersama roh orang-orang yang baik… Assalammualaikum abangku,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.
Menurut Afdlin lagi, ketika kejadian, Allahyarham turut ditemani anaknya.

Jenazahnya bakal dikebumikan di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

sumber

semalam negara dikejutkan dengan berita tentang perginye seorang artis/pelawak tanah air iaitu harun salim bachik or ade yang gelar dulu hsbc…hmm…arwah memang tak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni tanah air. i xpernah la jumpe or kenal direct la ngan hsbc nie…tp i membesa pada zaman2 beliau muncul di kaca tv…seminggu sekali boleh layan sketsa komidi Gado-Gado…huhu…ni antara yang sitkom yang okey la sebelum lahir senario…antara artis mase tu yang biase dalam sitkom gado-gado kalau x silap i seperti jalil hamid & eby yus…

then tenggelam sekejap rase nye hsbc…lame x nampak lam tb…ke i yg x tgk tb..huhu…and then banyak jugak rasenye drama2 beliau belakon…sampai la time maharaja lawak mega…MLM…huhu…memang meletop pade awalnye…dgn watak boboi…bersama afdlin…xleh blah watak “najwa latif”..huhu…dan selepas MLM ade terbitkan/join partner rancangan dgn game show ngan afdlin…

mm…begitulah kehidupan sementara di dunia ni…sekejap je…apa pun terima kasih buat arwah tentang sumbangan sama ada secara langsung atau tidak lansung dalam dunia seni tanah air. takziah buat keluarga arwah.semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. alfatihah…

sumber

mamak naik harga start 1 april 2015

Extra 6pc in food bill will be from GST, mamak eateries tell consumers 

KUALA LUMPUR, Feb 27— Mamak restaurants have been instructed against hiking the prices of their food and drinks once the Goods and Services Tax (GST) comes into effect on April 1, Indian Muslim (Mamak) Restaurant Association (Presma) president Noorul Hassan Saul Hameed has said.

In an interview with Berita Harian, Noorul Hassan said the directive has been issued to all Presma members, and pledged that the mamak eateries throughout the country will abide by this decision.

“We have no right to raise the prices of our food and drinks. We will not do so but our customers will be charged the 6 per cent GST tax.

“The additional price is not because of us but because of the GST,” he was quoted saying.

“We in Presma have always tried not to increase our prices because the competition in this business is very stiff.

“Customers are smart, if we sell things that are too expensive they can boycott that particular restaurant or complain about it on Facebook,” Noorul Hassan added.

The Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry has said it will take action against rogue businesses found guilty of profiteering.

Consumers should lodge complaints about the restaurants if they have evidence, he said, dodging wider questions on why popular “mamak” restaurants persistently ignore government warnings by hiking prices whenever fuel prices go up, but do not budge when prices drop.

Malay Mail Online reported back in January that mamak restaurants, staple dining spots in most locales across the Klang Valley and major cities, have refused to bring down prices despite an expected drop in overhead costs triggered by tumbling fuel prices.

These outlets, however, were quick to inflate prices when government announced the rise in fuel prices, with dining receipts said to have almost doubled immediately after the announcement.

The GST will be levied at a rate of 6 per cent beginning April 1.

sumber

salam uolls….

haa…da bace brite kat atas tu…huhu…memang kene tambah lah duit poket cik abang cik abang yang suke melepak kat mamak lepas nie…huhu…mane tak nye…semua kongress mamak dah setuju nak naek rege selaras dengan GST yang akan berkuat kuase 1 April 2015 nie…hihi…yang kaki lepak mamak…kene get ready la rege makan & minum yang baru…kalau nak tgk bola kat mamak pasni…make sure bawak duit lebih sikit…atau kurang2 kan order…kalau dulu satu game bola 3 gelas…maybe pasni…2 gelas je…hihi…

skang ni pon…i rase…bukan la murah sangat pon makan kat mamak nie…tp orang kalau da kene air tangan mamak nie…susah woo nak pisahkan…bak macam lirik lagu Deddy Dores & Mayang Sari….”Jangan pisahkan, aku dan dia…….” haha…sekali mamak…selamanye mamak…pagi tengahari petang malam…mamak slalu…hihi…

mamak ni bukan la x sedap…ade yang sedap…ade yang tahap hampeh jugak…i ni…tak la tegar mamak…tp antara kedai pilihan…sbb semua ada…nasi ada…mee ada…sampai steak pon ada…haha…oder je…semua bole buat…kalau xde pon…die takkan cakap xde…die cakap…habis…hihi…tuk entry kali ni…i belom minat nk tulis pasal kebersihan kedai mamak nie…hihi…takut ade yang ilang selera lak nanti…tp tak semua…ade yang dapat A tp ade jugak yang dapat D..be careful bile pilih kedai makan…bukan maksud kedai mamak…semua kedai makan…even kedai makan laju or fast food….kebersihan perlu diutamakan…okey…c u in next entry… 🙂

Mursyidul am PAS, Nik Aziz meninggal dunia

Mursyidul am PAS, Nik Aziz meninggal dunia

assalamualaikum wbt & selamat pagi….

entry kali ni agak lewat ditulis…pada malam jumaat yang lalu (12 Feb 2015) dunia dikejutkan dengan berita tentang perginya seorang alim ulama @ tokoh agama yang sangat disegani dan dihormati iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat aka TGNA. saat saye mendengar berita tersebut…saye jadi kelu…termenung seketika dan sangat sadih atas pemergian TGNA. seolah olah ade sesuatu rase kehilangan sangat. perginya ulama yang disayangi oleh ratusan atau jutaan rakyat Malaysia khususnya rakyat kelantan. even saye pon bukan dari negeri kelantan, tetapi sangat2 terasa pemergian belian.

KOTA BAHARU – [DIKEMASKINI] Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam ini.

Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.

Terdahulu, anaknya, Nik Mohamad Abduh memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan bapanya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam.

Sementara itu, orang ramai yang turut berada di pekarangan kediaman Allahyarham mengalirkan air mata sebaik dimaklumkan perkara itu.

Pemergian Allahyarham pada malam Jumaat dalam suasana cukup tenang selepas hampir sebulan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM.

Sementara itu, Nik Abduh mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi seluruh kaum keluarga pada jam 9.40 malam selepas sejam dibawa pulang dari HUSM.

Menurutnya, solat jenazah akan dilaksanakan pada 10 pagi esok di Masjid Pulau Melaka.

“Saya berharap rakyat Malaysia akan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat,” katanya kepada media sebentar tadi.

sumber

jom bace sedikit info dan biodato TGNA

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :

  1. Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
  2. Universiti Deoband India
  3. Universiti Lahore Pakistan
  4. Universiti Al Azhar
  5. Sarjana Muda bahasa Arab
  6. Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Beliau mendapat penghargaan:

  1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
  2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
  3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

saye sebenarnye…memang respek dengan TGNA….dengan sikap yang sederhana…mampu untuk metadbir kelantan selama 23 tahun…semua orang tahu bagaimana PAS diperlakukan dalam landskap politik di Malaysia. bukan tugas saye nk citer pasal politik disini…tp ini pandangan orang yang diluar politik…rakyat biase yang menilai dari kaca mata sendiri. bila TGNA telah tiada baru dunia mengakuinya sebagai tokoh agama, pemimpin yang bijaksana dan macam2 orang mengatakan kebaikan TGNA. tapi untuk apa?? adakah kate sempat mendalami ilmunya?? adakah TGNA telah diberi ruang yang selayaknye untuk beliau mengajar ilmu2 yang ada padanya?? amatlah beruntung mereka meraka yang pernah hadir dalam kuliah agama beliau. semoga ilmu yang disampaikan oleh TGNA dapat memberi manfaat kepada anda..

sebenarnye, saye nk kongsi pengalaman saye berjumpe TGNA. seingat saye…pada tahun 1997 atau 1996…TGNA datang singgah ke teratak kami sekelurga yang tek seberapa. pertama kali kot sye rase saye lihat TGNA secara live. kecil orangnye dan sangat bersih wajahnye. tenang. duduk di sudut rumah. selesai makan, mak nak hidangkan minuman panas, biase nye sama ada teh or teh o…tp kami di maklumkan TGNA suke minum milo 0…hehe…eh tak sure la suke ke atau memang selalu minum milo 0..tp yang pasti…malam tu TGNA minum milo 0…kami sekeluarga sangat berbesar hati dan gembira TGNA sudi singgah di teratak ayah saye yang tak seberapa. itu lah kenangan saye bersama allahyarham TGNA. kini beliau telah tiada lagi di dunia ini, beliau telah selesai tugas dan amanah yang dipikul didunia ini, tetapi beliau telah memulakan perjalanan kehidupan yang kekal abadi…

banyak tanda2 kematian beliau yang yang ramai orang ingin kan…iaitu menginggal pada malam atau hari jumaat. berbanyak lah kita berdoa dan melakukan amal soleh agar kita juga dapat seperti mana yang kita harapkan.