Guru & Kemalangan

Seorang guru, 3 pelajar cedera

KUALA LIPIS – Seorang guru dan tiga pelajar cedera apabila kereta yang mereka naiki terlanggar bongkah simen sebelum terbalik.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 pagi semalam di kilometer 5 jalan Lipis-Benta berhampiran Kampung Binjai di sini.

Menurutnya, kereta jenis Toyota Camry yang dipandu guru berkenaan, Azaman Aziz bersama tiga pelajar iaitu Nor Syamira Che Ibrahim, 17; Ainun Najihah Bahari dan Nor Atirah Zaira masing-masing berusia 13 tahun sedang dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setiawangsa menghala ke Benta.

“Sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh Azaman telah terlanggar bongkah simen yang terdapat di laluan berkenaan sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan serta terbalik,” katanya di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, Azaman yang juga Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah terbabit mengalami kecederaan di bahagian badan.

“Selain itu, Nor Syamira yang merupakan pelajar Tingkatan 5 mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang manakala Nor Atirah yang juga pelajar Tingkatan 1 patah tangan.

“Seorang lagi mangsa, Ainun Najihah pelajar tingkatan 1 sekolah berkenaan kecederaan retak jari kanan,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa telah dihantar ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mengetahui tentang kejadian berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis di talian 093122222 untuk membantu siasatan.

Difahamkan kesemua mangsa dalam perjalanan untuk pertandingan bola baling Majlis Sukan-sukan Daerah.

sumber

masalah yang tak pernah selesai…
dari pandangan saye yang tak berape nak bijak nie…bile kejadiaan macam ni 99.9% kesalahan itu akan jatuh pada guru terbabit (kesian nye) nak buat macam mana? sekolah nak sertai pertandingan….guru pun kesian pada murid yang bersemangat nak mewakili sekolah…untuk pastikan student dapat pengalaman & pembelajaran dalam aktiviti kokurikulum…

tp pada masa yang sama…sekolah tiada peruntukan…pibg pun tak de peruntukan (sama ada tiada/tak bagi @ belum dapat duit) jd biasa nye pada awal bulan Jan/Feb peruntukan masih tiada…kalau ade skali pon mgkin tidak akan digunakan untuk pengangkutan murid…mungkin untuk perbelanjaan lain yang lebih penting (kemungkinan) dan jalan paling mudah dan menjimatkan adalah dengan meminta guru untuk menghantar murid tersebut…

banyak je kes2 sebelum ini…dan ade kes2 yang sebelum ini guru tersebut juga meninggal (itu lah yang terbaek walau nampak kejam) kerana guru tersebut telah selesai urusan nye di dunia…sekiranya hidup…kemungkinan besar parent & masyarakat akan tuding jari/saman kepada guru tersebut…pihak sekolah (mungkin) akan lepas tangan…ape tah lagi pihak kementerian (pun mungkin)

kalau kata beri kemudahan kenderaan kepada pihak sekolah memerlukan kos yang tinggi dan tidak semua sekolah dapat memiliki kenderaan tersebut. ada juga kate..nape tak pinjam sekolah yang ade kenderaan seperti van@bas?? sekolah tersebut juga penuh dengan aktiviti yang menggunakan kenderaan tersebut…jadi masalah ini tak akan selesai…alangkah bagus kerajaan dapat menyediakan peruntukan untuk perbelanjaan pengangkutan sejak dari awal persekolah. tidak perlu tunggu sehingga Feb@Mac baru duit2 turun ke sekolah.

ape2 pun sye nak ucapkan ribuan terima kasih pada guru2 saye dlu…yang penah bawak saye dengan menggunakan kenderaan sendiri untuk menyertai pertandingan mewakili sekolah…dan juga pada guru2 kini…berhati2 lah dalam membawa anak murid untuk menyertai aktiviti diluar sekolah. NUTP juga perlulah membela guru2 yang dari dulu di arahkan untuk membawa murid sejak zaman dulu2 lagi hingga la ke zaman kini…masih tidak berubah…ini bukan soal berkira atau ape…tp atas dasar keselamatan murid dan jika kejadian seperti ini berlaku…siapa akan bertanggungjawab?? siapa akan dipersalahkan?? siapa akan menjaga guru tersebut jika guru tersebut hilang upaya?? jadi…berubahla segera…selagi tak kena batang hidung sendiri…mmg kite tak rase betape pedih nye mate nak menahan air mata meleleh…huhu…

okey lah…maju lah pendidikan untuk negara…

Advertisements